Bekalan madu tualang Rizhaza adalah daripada sumber madu tempatan dari hutan khatulistiwa negeri Pahang dan Kelantan khasnya juga dari negeri-negeri yang lain dimana sumber bekalan madu tualang amat terhad dan sukar didapati dalam kuantiti yang banyak berbanding madu yang diimport atau madu ternak.Faktor cuaca,flora dan fauna hutan Malaysia juga mempengaruhi rasa dan aroma madu tualang. Madu yang terhasil dari spesis lebah gergasi jenis Apis Dorsata ini amat bernilai tinggi dipasaran.Kedudukan atau ketinggian sarang-sarang lebah yang bergantungan didahan dan pangkal pokok tualang atau honey tramp ini dalam jumlah antara 40 sarang hingga melebihi 100 sarang pada ketinggian melebihi bangunan 12 tingkat adalah faktor utama mengapa madu ini disukai dan dicintai oleh ramai peminatnya.
Berikut merupakan kelebihan madu tualang berbanding madu dari lebah yang di pelihara:
• Mempunyai antioksida yang jauh lebih tinggi dari madu lebah ternak
• 5 kali lebih banyak khasiat dari madu lebah yang dipelihara (kajian UPM 1995)
• Mempunyai campuran propolis dan polen lebah (bee pollen)
• Sumber nektar dari pelbagai bunga hutan organik dan tidak mengandungi racun
• Sesuai diamalkan sebagai suplement yang memberikan nutrien lengkap
SOALAN LAZIM APAKAH PERBEZAAN TUALANG KUNING & HITAM?
Tualang Hitam diambil dari sarang yang lama/tua diatas pokok, dengan kata lain madu tualang hitam ialah madu berusia tua. Tualang hitam lebih susah didapati kerana sarang & madu sering diambil pemanjat seblum ia sampai keusia tua. Ini membuatkan permintaan meningkat & harganya sedikit mahal berbanding kuning. Malahan, 8 dari 10 org memilih madu hitam kerana bersesuaian dengan tubuh mereka. Manakala madu kuning sebaliknya, diambil dari sarang baru & merupakan madu muda.
| Weight | 0.52 kg |
|---|
©2025 Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd (1253134-P). All Rights Reserved. Designed by Infidev Sdn Bhd.
Reviews
There are no reviews yet.