SOS CHAR KOAY TEOW PENANG by MDEE
Berat Bersih: 350 gm
Jenis: Sedia-Untuk-Dimasak
Ketahanan & Cara Penyimpanan Sebelum Dibuka: 2 tahun daripada tarikh pemprosesan. Simpan di suhu bilik sahaja.
Ketahanan & Cara Penyimpanan Selepas Dibuka: Baki sos yang tidak digunakan HARUSLAH disimpan di dalam peti sejuk.
Bahan Ramuan: Air kacang soya, gula, sos ikan, tepung jagung, MSG, caramel, perisa, cuka, dan bahan pengawet yang dibenarkan.
Juga Boleh Digunakan Untuk Memasak: Nasi Goreng, Sayur Campur dan pelbagai lagi mengikut kreativiti.
Cara Memasak:
A. Bancuhan sos
1) 1 senduk sos char koay teow dicairkan bersama 2 senduk air (pastikan menggunakan senduk yang sama besar).
2) Gaul sebati.
B. Memasak sepinggan Char Koay Teow
1) Masukkan sesenduk kecil minyak ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
2) Masukkan udang dan kerang.
3) Masukkan secubit bawang putih.
4) Masukkan sambal cili/cili boh/cili giling secukup rasa.
5) Masukkan koay teow, tauge dan kucai.
6) Kacau sehingga teradun.
7) Masukkan sebiji telur bersaiz kecil (seeloknya saiz C ke bawah) atau 1/2 telur bersaiz besar (Sebiji telur bersaiz besar seperti A dan B akan menyebabkan kuah menjadi terlalu pekat, sedikit dan berketul2).
8) Masukkan 2-3 senduk kecil sos char koay teow yang telah dibancuh (Rujuk A).
9) Kacau sekejap.
10) Char Koay Teow sedia untuk dihidang.
| Weight | 0.35 kg |
|---|
©2025 Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd (1253134-P). All Rights Reserved. Designed by Infidev Sdn Bhd.
Reviews
There are no reviews yet.